Tuesday, December 30, 2008

MENGHITUNG HARI MENGIRA TAHUN

1 Jan 2009 Khamis

Siri 250

MENGHITUNG HARI MENGIRA TAHUN



Selamat tahun baru 2009. Malam tadi tepat jam 12 tengah malam ribuan masyarakat Malaysia berhimpun di ibukota semata-mata tidak mahu ketinggalan menyambut tahun baru. Mereka menghitung detik-detik waktu terutamanya apabila jam menunjukkan pukul 11.59 minit 50 saat. 10 saat yang terakhir tahun 2008 begitu dinantikan untuk menyingkap tabir 2009 yang baru.

Fenomena menghitung detik-detik waktu pada 10 saat terakhir bagaikan sudah menjadi budaya masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Mereka begitu menghargai setiap saat yang berlalu. 10, 9, 8. 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 dan mereka bersorak beramai-ramai dengan penuh kegembiraan. Sebenarnya budaya ini diambil daripada ajaran Islam yang menuntut umatnya menghargai waktu dengan menanti masuknya waktu solat. Walaubagaimanapun cara sambutan telah diubahsuai mengikut kehendak dan acuan nafsu Barat.

Alangkah baiknya andai kata semangat menghargai waktu walau sedetik ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian umat Islam masa kini. Jika mereka sanggup menunggu detik-detik waktu yang dinanti dengan penuh kesabaran mengapa mereka tidak boleh berbuat demikian dalam menunaikan solat secara berjamaah.

Dengan ertikata lain, sepatutnya umat Islam melakukan ”count down” bukan setahun sekali tetapi melakukannya 5 kali sehari. Alangkah bagusnya seandainya umat Islam dapat bersama-sama menunggu saat-saat masuknya waktu solat di masjid atau di surau. Untuk itu, tiada alasan kukuh yang boleh diterima jika kebanyakan kita tidak mampu berbuat demikian. Persoalannya mahu atau tidak, itu sahaja.

Ini kerana jadual waktu solat ada di mana-mana. Antaranya di kalender, akhbar, radio, televisyen, emel, telefon bimbit, hotel dan lain-lain tempat. Jika kita sanggup menunggu detik 12 tengahmalam kenapa kita tidak sanggup menunggu masuknya waktu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya? Jika kita sanggup berdiri dan berhimpit di dataran yang penuh sesak, kenapa kita tidak sanggup duduk beriktikaf di masjid yang sangat selesa?

Marilah kita merenung kisah para sahabat yang menghargai detik-detik waktu dalam kehidupan mereka dengan menghayati konsep hari, minggu, bulan dan tahun. Antaranya ialah dua kalimah syahadah (sepanjang masa) solat (sehari 5 kali), solat Jumaat (seminggu sekali), puasa (sebulan dalam setahun), zakat (setahun sekali) dan haji (sekali seumur hidup).

Dalam hal ini seorang Yahudi pernah mengemukakan satu soalan matematik kepada salah seorang sahabat. Soalan itu dikemukakan dengan tujuan untuk menguji sejauh mana pengetahuan seorang sahabat yang bergantung kepada ilmu wahyu. Soalan tersebut ialah : “Apakah angka bulat terkecil yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki?”

Sahabat tersebut dengan hanya satu langkah mudah menjawab soalan tersebut dengan betul sedangkan pakar-pakar matematik di zaman itu menggunakan 7 langkah untuk menyelesaikannya. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan secara fitrah. Jawaban yang dikemukakan bukan sahaja boleh membahagi angka 1 hingga 9, malah boleh juga membahagi angka 10.

Dalam hal ini, perbandingan seseorang ilmuan yang boleh merujuk al-Quran dengan seseorang yang tidak boleh merujuk al-Quran adalah umpama langit dengan bumi. Terlalu jauh perbezaan antara keduanya.

Pertama, perhatikan rahsia angka tujuh. Dalam bahasa Inggeris angka tujuh ialah seven dan minggu ialah week. Apakah persamaan antara seven dan week dan perkataan tujuh dan minggu. Memang tiada perkaitan antara keduanya.

Manakala dalam bahasa Arab, angka tujuh ialah sab-‘a-tun yang berasal daripada gabungan (sin-ba-ain) dan minggu us-bu-‘un yang berasal daripada gabungan (sin ba-ain). Persamaan antara keduanya cukup jelas iaiatu keduanya berasal daripada gabungan huruf yang sama iaitu (sin-ba-ain). Perkaitan yang jelas ini memudahkan kita mempelajari matematik iaitu dalam seminggu ada tujuh hari kerana gabungan (sin-ba-ain) membawa makna 7 dan minggu.

Kedua, perhatikan rahsia angka tiga puluh. Dalam tahun masihi, bilangan hari dalam sebulan ialah samada 31 atau 30 atau 29 atau 28. Manakala dalam tahun hijrah pula bilangan hari dalam sebulan ialah samada 30 atau 29. Secara puratanya bilangan hari dalam sebulan ialah 30 hari.

Tahun Masihi berasaskan peredaran matahari manakala Tahun Hijrah pula berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran berbanding perkataan bulan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Ketiga, perhatikan pula rahsia angka dua belas. Dalam al-Quran perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali. Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan ialaitu dala Surah al-Qadr yang bermaksud: “Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan”

Seterusnya perhatikan pula rahsia angka 2520 yang boleh membahagi angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 tanpa meninggalkan sebarang baki. Kalau angka 2520 dikaitkan dengan hari, bererti 2520 hari. Ini bermakna hari yang ke 2520 barulah kita boleh membahagi semua angka 1 hingga 10. Jumlah 2520 hari adalah bersamaan dengan 7 tahun. Jarak masa 7 tahun memang jarak masa yang seringkali dijadikan asas dalam berbagai bidang samada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.

Dalam sektor ekonomi umpamanya, kebiasaan keadaan ekonomi sesebuah negara terdapat tujuh tahun naik dan tujuh tahun yang merudum. Hal ini telah berlaku sejak sekian lama iaitu semenjak Nabi Yusuf hinggalah sekarang.

Dalam konteks sejarah negara kita pun senario tujuh tahun naik dan tujuh tahun merudum ini telah berlaku sejak merdeka lagi. Sebagai contohnya, tujuh tahun maju bermula pada 1957 hinggalah penubuhan Malaysia pada 1963. Bermula 1964 hingga 1971 pula dianggap sebagai merudum dengan peristiwa keluarnya Singapura pada 1965, konfrantasi bersama Indonesia pada 1967, rusuhan kaum pada 1969 dan banjir besar 1971.
Begitu juga keadaannya pada tahun 1990 hingga 1997 bolehlah dianggap sebagai tujuh tahun gemilang ekonomi Malaysia. Bagaimanapun tahun 1997 hingga 2004 bolehlah dianggap tahun merudum (ancaman jerebu, krisis politik 1998, peristiwa 11 September 2001 dan malapetaka tsunami akhir 2004).

Diharapkan tahun 2005 hingga 2012 adalah tahun gemilang bagi Malaysia. Sebab itu tahun 2007 yang berada dalam tempoh tujuh tahun gemilang dijadikan tahun Melawat Malaysia. Seterusnya dijangka tahun 2012 hingga 2019 adalah tahun merudum semula. Tahun 2020 hingga 2027 pula adalah tahun kemajuan. Jadi Malaysia meletakkan sasaran 2020 sebagai negara maju adalah satu perancangan yang sangat sesuai dengan izin Allah.

Dalam pendidikan, hubungan antara ibubapa dengan anak adalah mengikut skala umur 7 tahun. Ibubapa bermain-main dengan anaknya (7 tahun pertama) dan sebagai pembimbing (7 tahun kedua iaitu umur 8 tahun hingga 14 tahun). Seterusnya, ibubapa disarankan bertindak sebagai kawan ketika 7 tahun ketiga (umur 15 hingga 21 tahun).

Jadi, jika mampu menguasai Bahasa Arab seseorang boleh memahami al-Quran dan al-Hadis yang merupakan panduan hidup dengan mudah. Seterusnya ini memudahkan untuk meneroka pelbagai ilmu yang terkandung dalam al-Quran sepert sains dan matematik. Sehubungan itu, sempena tahun baru 2009 marilah berazam untuk menguasai Bahasa Arab.


‘Pendekatan Konvensional
Pendekatan Fitrah
Langkah
Arahan
Operasi
Arahan dan Operasi
Langkah 1
Darabkan semua
angka 1 hingga 9
1x2x3x4x5x6x7x8x9
7x30x12 = 2520
Langkah 2
Singkir angka 1
kerana 2 boleh bahagi 1
2x3x4x5x6x7x8x9
Rasional:
7= 7 hari dalam seminggu
30= 30 hari dalam sebulan
12=12 bulan dalam setahun

Langkah 3
Singkir angka 2
kerana 4 boleh bahagi 2
3x4x5x6x7x8x9
Langkah 4
Singkir angka 3
kerana 6 boleh bahagi 3
4x5x6x7x8x9
Langkah 5
Singkir angka 4
kerana 8 boleh bahagi 4
5x6x7x8x9
Langkah 6
Singkir angka 6
kerana (9x8=72) boleh bahagi 6
5x7x8x9
Langkah 7
Darabkan
5x7x8x9
2520

2520 ÷ 1 = 2520 2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840 2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504 2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360 2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280 2520 ÷ 10 = 252

DI SEBALIK TABIR RAHSIA TAQWIM HIJRAH

25 Dis 2008 Khamis

Siri 248

DI SEBALIK TABIR RAHSIA TAQWIM HIJRAH



Tahun 2008 sudah semakin hampir meninggalkan kita dengan hanya berbaki seminggu sahaja lagi. Ini bererti pada minggu hadapan, jika diizinkan Allah kita akan menyambut tahun baru 2009. Sebelum tahun 2008 menutup tirainya, eloklah kiranya kita membuat beberapa analisa penting apa yang berlaku sepanjang tahun ini.

Dalam tahun 2008, kita cukup bertuah kerana dapat merayakan sambutan tahun baru hijrah sebanyak dua kali. Pertama pada 10 Januari yang lalu (1429) dan yang kedua pada 29 Disember ini (1430). Fenomena ini hanya berlaku sekali sahaja dalam tempoh 33 tahun.

Begitu juga fenomena tarikh dan bulan yang serupa antara tahun 2008 dan tahun 1429 selama 2 bulan berturut-turut. Pada tahun ini, kita mula berpuasa pada 1 Ramadan 1429 yang bersamaan dengan 1 September 2008. Manakala kita berhariraya puasa pula pada 1 Syawal 1429 yang bersamaan pula dengan 1 Oktober 2008.

Persamaan ini berasaskan bulan kesembilan bagi tahun hijrah adalah bulan Ramadan dan bagi tahun Masihi pula adalah bulan September. Seterusnya bulan kesepuluh bagi tahun Hijrah adalah bulan Syawal berbanding bulan Oktober bagi tahun Masihi. Walaubagaimanapun persamaan ini berakhir pada 29 Syawal 1429 (29 Oktober 2008). Ini kerana pada 30 Oktober 2008, tarikh hijrahnya ialah 1 Zulkaedah 1429.

Persoalan tentang tahun hijrah dan tahun masihi ini memang sering diperbincangkan. Namun hingga ke hari ini, kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia masih belum begitu faham tentang kedua-dua tahun ini khasnya tahun hijrah. Dalam hal ini, sebenarnya banyak rahsia tentang perkiraan tahun yang belum diuar-uarkan kepada umum.

Apabila berbicara tentang apa jua persoalan kita tidak dapat lari daripada merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta. Panduan tersebut sudah tentulah dari al-Quran dan al-Hadis. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab.

Sehubungan itu kita sewajarnya menguasai Bahasa Arab untuk meneroka dengan lebih jauh rahsia-rahsia tentang perkiraan hari, minggu, bulan, tahun, dekad, kurun dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kedua-dua tahun ini.

Tahun hijrah adalah berdasarkan bulan manakala tahun Masihi pula berdasarkan matahari. Antara bulan dan matahari, kedua-duanya sama penting kepada kehidupan kita. Di sebelah siang, matahari menyinari kehidupan kita manakala di sebelah malamnya pula bulan yang sudi menyuluh kegelapan yang kita hadapi.

Peranan keduanya dikaitkan dengan bait-bait puisi ini ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:Anta Syamsun Anta Badrun (Kaulah umpama matahari dan kaulah umpama bulan) Anta Nurun Fauqa nuri (Kaulah umpama cahaya di atas cahaya)
Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran berbanding perkataan bulan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi keduanya ialah 30 kali.

Dalam Surah at-Taubah ayat ke 36, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan sepertimana dalam kitab Allah pada hari di mana Allah menjadikan langit dan bumi ini. Antaranya ialah empat bulan yang diharamkan berperang (Muharram, Rajab, Zulkaedah dan Zulhijjah)”

Sehubungan itu kita dapat perhatikan semua tahun samada tahun hijrah masihi, Arab, Cina, India dan apa jua perkiraan tahun memiliki 12 bulan. Selain itu, perkataan ”shahrun” yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali. Antaranya ialah Surah al-Qadr ayat 3 yang bermaksud: “Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan”

Dalam minggu ini umpamanya, masyarakat Islam di Malaysia banyak mengadakan perayaan sambutan Maal Hijrah samada di masjid atau di surau. Antara aktiviti yang paling popular ialah aktiviti ceramah tentang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Makah ke Madinah.

Kebanyakan penceramah undangan bercerita tentang perjalanan Rasulullah bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar yang penuh ranjau ke Yathrib (Madinah). Antara isu yang sering difokuskan ialah peranan labah-labah yang telah membuat sarang sebaik sahaja mereka berdua memasuki gua Thur.

Langkah labah-labah tersebut menyebabkan orang Kafir Quraisy tidak berminat masuk ke dalam gua tersebut kerana merasa yakin bahawa tiada orang dalam gua. Pada fikiran mereka, jika ada orang yang masuk sudah tentulah sarang tersebut terkoyak. Sehubungan itu, labah-labah dianggap sebagai binatang yang mulia kerana menjadi penyelamat dan dijadikan lambang utama atau ikon bagi sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. Di ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.

Antara hasil dapatan ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Mereka mendapati bahawa baju yang dibuat daripada air liur labah-labah lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli.

Hasil kajian ini, Barat telah pun membuat tindakan paling drastik. Mereka pun menternak labah-labah secara besar-besaran dan membina kilang memproses air liur labah-labah. Di samping itu kajian ilmiah tentang rahsia labah-labah diteruskan dari semasa ke semasa. Hari ini, negara-negara Eropah seperti Britain menggunakan teknologi ini dalam bidang pertahanan. Mereka begitu yakin dengan fungsi labah-labah yang menjadi benteng yang kuat sehinggakan pihak musuh tidak dapat menyerang Nabi dan sahabatnya.

Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat Islam di Malaysia dan para saintis di Barat? Masyarakat Islam di Malaysia hanya berminat dengan kisah-kisah perjuangan Nabi tetapi rata-ratanya masih lagi kurang berminat untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut. Manakala saintis Barat sangat berminat mengkaji sirah Nabi dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut. Sehubungan itu, kita bertanya kepada diri kita sendiri : ”Siapa yang lebih mengambil pengajaran dan menghayati konsep Maal Hijrah?”

Informasi

Perkataan yaum dan al-yaum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari disebut sebanyak 349 kali dalam al-Quran al-Karim.

Jika dicampurkan dengan perkataan yaumukum (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari kamu semua disebut sebanyak 5 kali menjadikan jumlahnya 354 kali. Ini bersamaan dengan tahun Hijrah (354 hari).

Jika dicampurkan dengan perkataan yauman (dari kata akar ya-wau-mim) yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali. Ini bersamaan dengan tahun Masihi (365 hari).


As-habul Kahfi (sekumpulan pemuda beriman yang tinggal dalam gua) telah tidur selama 309 tahun. Dalam al-Quran bilangan 309 disebut (thalatha mi atin siniina wazdaaduu tis‘a) yang bermaksud 300 tahun dan mereka menambah sembilan. Setelah dibuat kajian terperinci didapati bahawa bilangan 300 tahun Masihi bersamaan dengan bilangan 309 tahun Hijrah. Sila rujuk Surah al-Kahfi ayat ke 25.




Perbezaan antara tahun Masihi dan tahun Hijrah
Tahun 2009 Masihi
Tahun 1430 Hijrah
Bulan
Bilangan Hari
Bulan
Bilangan Hari
1-Januari
31
1-Muharram
30
2-Februari
28
2-Safar
29
3-Mac
31
3-Rabiul Awwal
30
4-April
30
4-Rabiul Akhir
29
5-Mei
31
5-Jamadil Awwal
30
6-Jun
30
6-Jamadil Akhir
29
7-Julai
31
7-Rajab
29
8-Ogos
31
8-Syaaban
30
9-September
30
9-Ramadan
29
10-Oktober
31
10-Syawal
30
11-November
30
11-Zulkaedah
29
12-Disember
31
12-Zulhijjah
30
Jumlah
365
Jumlah
354

Jika muat sertakan gambar labah-labah dan lambang Maal Hijah.
Diari
Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430
Tempat : Surau Puchong Utama, Selangor Darul Ehsan
Tarikh : 28 hb Disember 2008 (Ahad) Masa : Selepas Maghrib
Hubungi En Sulaiman (012-9747141)

Tuesday, April 1, 2008

RAHSIA MAHIR BERBAHASA ARAB

RAHSIA MAHIR BERBAHASA ARAB

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.

Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.

Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima.

Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis. Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini. Antara konsep itu ialah:

Pertama : Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.

Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.

Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDADAM ini adalah singkatan (“Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu”). Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah.

Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain. Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami.

Sehari sehelai benang,
Lama-kelamaan selembar kain.
Sehari satu kata pinjaman
Lama kelamaan “as-hala qamusin”.

Kedua : Konsep Zikrullah
Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”
Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.

Ketiga : Konsep Panggilan Mesra
Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya... (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.

Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.

Keempat : Konsep Intonasi

Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.

Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.




Kelima : Konsep Bahasa Badan
Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.

Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.

Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?

Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat

Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.

Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.

Keenam-enam konsep ini telah diterapkan sedikit demi sedikit dalam program MAHIR. Pemilihan perkataan MAHIR ini berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah mahir adalah kata pinjaman yang berasal daripada Bahasa Arab. Ia mudah difahami dengan mudah oleh kebanyakan warga Malaysia.

Bahan
Kekerapan
Pencapaian
Tugas
M-Majalah
Majalah MAHIR
Sebulan sekali
Keluaran ke 11 sejak Mei 2007
Ketua Pengarang
A-Akhbar
H-Harian
Utusan Malaysia, Bahagian Mega, Ruangan “Kenali bahasa Al-Quran”
Dua kali seminggu
Siri ke 189 sejak 27 Jan 2006
Kolumnis
I-Internet
Blog http://drarabic.blogspot.com
Dikemaskini setiap minggu
Memuatkan pelbagai isu bahasa Arab sejak Jan 2008
Penulis
R-Radio
Radio IKIM, rancangan “Haiya Bil Arabiah”
Setiap hari Isnin hingga Jumaat
Sebanyak 250 siri belajar dirakamkan dalam tempoh setahun (Julai 2006 hingga Jun 2007)
Tetamu rancangan

Selamat belajar bahasa Arab dan menguasainya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Slogan dan manifesto Bahasa Arab

Slogan Kempen Bahasa Arab
Anda boleh memilih mana-mana slogan yang anda suka:
· Bahasa Arab Untuk Semua
· Sekarang, sesiapa sahaja boleh belajar Bahasa Arab
· Sekarang sesiapa sahaja mesti belajar Bahasa Arab
· Bahasa Arab : Dulu, Kini dan Akan Datang
· Membangun Bersama Bahasa Arab
· Ingat Bahasa Arab, ingat ilmu
· Kuasai Bahasa Arab Kuasai Ilmu
· Bahasa Arab bahasa syurga
· Bahasa Arab bahasa ekonomi
· Bahasa Arab : Saya Mesti Pilih !
· Bahasa Arab Hadhari Pemangkin Generasi Bistari
· Mempraktikan Bahasa Arab Mempraktikkan Sunnah Nabi


Manifesto Kempen Cintai Bahasa Arab :
Jika anda menguasai bahasa Arab, anda :
Ikut sunnah Nabi
Mampu membaca, memahami, mempraktikkan, mengaplikasi dan menghayati Al-Quran
Mampu membaca, memahami, mempraktikkan, mengaplikasi dan menghayati Al-Hadis
Mudah meningkatkan kerjaya anda kerana semua bidang ada dalam Al-Quran
Mudah melaksanakan tuntutan Ilahi
Senang memperoleh apa jua bidang kerjaya yang anda suka
Boleh meluaskan pasaran anda ke 23 buah negara Arab dengan mudah
Boleh menguasai dunia kerana Al-Quran adalah manual kehidupan di dunia
Mudah menjadi seorang hamba Allah yang diredhai
Sukar dipesongkan oleh mana-mana fahaman atau ajaran sesat
Boleh berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

panorama kursus/bengkel b arab







Monday, February 25, 2008

اللغة العربية للجميع

اللغة العربية للجميع
قال الرسول : تعلموا العربية وعلموها الناس

Thursday, February 14, 2008

Tempah bengkel cara mudah belajar b arab

Diari

Alhamdulillah, Bengkel teknik mudah belajar bahasa Arab telah diadakan pada :
JANUARI
Tarikh : 12 hb Jan 2008 (Sabtu)
Tempat : SMK Setiawangsa KL

FEB
Tarikh : 2 hb Feb 2008 (Sabtu)
Tempat : SMK Seri Ampangan, Seremban, Rembau N Sembilan

Tarikh : 16 hb Feb 2008 (Sabtu)
Tempat : SMK Presint 11, Putrajaya

Tarikh : 21 hb Feb 2008 (Khamis)
Tempat : SMK Dato’ Mohd Redza, Seremban

Tarikh : 23 hb Feb 2008 (Sabtu)
Tempat : Yayasan Sofa, Rembau N Sembilan

MAC
Tarikh : 1 hb Mac 2008 (Sabtu)
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah Selangor

Tarikh : 23 hb Mac 2008 (Ahad)
Tempat : SMKA Yan Kedah
Catatan : Tahniah, pelajar Azali Azlan yang dapat 21 A dalam SPM 2007 adalah dari sekolah ini.

Tarikh : 28 hb Mac 2008 (Jumaat)
Tempat : Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Tarikh : 29 hb Mac 2008 (Sabtu)
Tempat : SK Sirusa PDikson
Masa : 9 pagi

Tarikh : 29 hb Mac 2008 (Sabtu)
Tempat : Surau Taman Intan PDikson[
Masa : Lepas Maghrib

APRIL
Tarikh : 7 April 2008 (Isnin)
Tempat : SMK Tun Mamat, Tangkak , Johor
Masa : 9pagi


Tarikh : 12 hb April 2008 (Sabtu)
Tempat : ITQAN, Gemencheh, NS
Masa : 2 ptg

Tarikh : 28 hb April 2008 (Isnin)
Tempat : SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti NS
Masa : 2 ptg


MEI
Tarikh : 24 hb Mei 2008 (Sabtu)
Tempat : Yayasan Sofa, Cawangan Universiti Azhar, Rembau
Masa : 9 pagi

JUN
Tarikh : 8 Jun 2008 (Ahad)
Tempat : Kolej Islam Perak, Darul Ridhwan, K Kangsar, Perak

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Tempat : Majlis Daerah Baling Kedah
siapa yang berminat sila hubungi 019-8950054 (En Rozali)

Tarikh : 15 Jun 2008 (Ahad)
Tempat : OUM Seremban NS

Tarikh : 22 Jun 2008 (Ahad)
Tempat : Kolej Islam Perak, Darul Ridhwan, K Kangsar, Perak

Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Tempat : OUM Seremban NS

Tarikh : 30 Jun hingga 3 Julai 2008 (Isnin -Khamis )
Tempat : Pusat Latihan Laut UPM, Batu 7.5 Port Dikson NS
Peserta : Guru-guru j-QAF NS dan Melaka


Tarikh : 25 dan 26 Jumaat dan Sabtu) Tempat : Hotel Holiday Inn kuching Sarawak

Tarikh : 2 Ogos 2008 (Sabtu) Tempat : Majlis Daerah Baling Kedah
siapa yang berminat sila hubungi 019-4755705 (En Rozali)

Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad) Tempat : SMK Sg Limau Yan, Kedah

Tarikh : 5-6 Ogos Tempat : IPRM Seremban NS

Tarikh : 8 Ogos 2008 (Jumaat) Tempat : Surau Jiboi Baru, Ampangan, Seremban NS

Tarikh : 10 Ogos 2008 (Ahad) Tempat : Maahad Tahfiz, Kuantan Pahang


Tarikh : 27 Ogos 2008 (Rabu) Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Masa : 8 pagi hingga 1 tengahari


Al-hamdulillah, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi (Jawi JUARA) telah diadakan pada :

Tarikh : 25-27 Ogos 2008 (Isnin-Rabu) Tempat : Hotel Grand Blue wave, shah Alam
Anjuran : Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak Masa : 8 pagi hingga 10 malam

SEPTEMBER


Tarikh : 17 sept 2008 (Rabu) Waktu : 2.15 hingga 3.30 petang
Tempat : SM Agama Klana Putra Ampangan Seremban NS

OKTOBER

Tarikh : 8 okt 2008 (Rabu) Waktu : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : SMK Dato Undang Abd Manaf Johol NS

Tarikh : 18 okt 2008 (Rabu) Waktu : 8 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : SBPI Slandar Jasin Melaka


Insya Allah, Bengkel teknik mudah belajar bahasa Arab akan diadakan pada :

Tarikh : 29 okt hingga 31 okt 2008 (rabu-jumaat) Waktu : 8 pagi hingga 1030 malam
Tempat : hotel grandcontinental melaka



NOVEMBER



Tarikh : 2 Nov 2008 (Ahad) Waktu : 8 pagi hingga 1 tengahari
Tempat : Kolam Air Panas Lenggong Baling Kedah
Peserta : Guru j-QAF Daerah Baling

Tarikh : 3 hingga 5 Nov 2008 (Isnin hingga Rabu)

Waktu : 8 pagi hingga 10 malam
Tempat : Gunung Ledang, Johor.


Forum Masa Depan Bahasa Arab telah diadakan pada :
Tarikh : 5 April (Ahad)
Tempat : Sek Berasrama Penuh Integrasi Jempol
Ahli panel : Dr Abd Razak bin Abu Chik
Dr Sheikh Muszhapar Shukor (Angkasawan Negara)
Pengarah Jabatan Agama Islam N Sembilan

Kursus Bersiri : Belajar bahasa Arab untuk faham al-Quran
Tempat : Surau Jiboi Baru, Ampangan, Seremban NS
Tarikh : Mulai 8 Ogos 2008 (Jumaat) setiap hari jumaat malam Sabtu lepas maghrib

siri 1 : 8 ogos
2 : 15 ogos
3 : 22 ogos
4 : 29 ogos
kelas ini ditangguhkan selepas hari raya puasa

kelas ini terbuka untuk semua yang berminat tanpa mengira jantina, umur, lokasi
sila hubungi cikgu Adam 019-660 8537 untuk pendaftaran.
yuran pendaftaran hanya rm15 sahaja.
kelas ini diadakan secara santai. makanan disediakan selepas belajar.



Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan bengkel B Arab (8pagi hingga 1 tengahari, boleh hubungi 019-278 8055)

CARA MUDAH KUASAI B ARAB- Dr Arabic, Dr Arabiah, Dr Arab


Friday, January 25, 2008

kata pinjaman merentasi kehidupan harian

Bidang Contoh kata pinjaman
Politik Siasah, khalifah, imam, makmum, wakil, rakyat
Ekonomi Iktisad, dinar, dirham, baitul mal, mudharabah, takaful
Sosial Muamalat, mujtamak, silaturrahim,
Pendidikan Tarbiyyah, murabbi, ustaz, ilmu,
Kesihatan Sihat wal afiat, tabib,
Alam sekitar Alam, dunia, akhirat
Pengurusan Tadbir, iltizam, waktu, syarikat, syura
Geografi Khatulistiwa, kutub, alamat
Astronomi Falak, orbit, nujum,
Sains Ulum, ilmiah, makmal, tabie, alkohol,
Sifat Mahmudah, mazmumah, amanah, khianat
Kemanusian Insan, jasad, ruh, badan, kalbu
Matematik Hisab, nisbah, kadar, sifar,
Undang-undang Hukum, hakim, mahkamah, adil, kanun, zalim
Bahasa Loghat, nahu, kaedah, jamak
Sejarah Tarikh, ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu,
Haiwan Haiwan, arnab, zirafah, himar,
pertanian Nabati, hayat, tamar,
Teknologi Global, tekun, satelit,

bengkel cuma 4 jam

Bengkel teknik mudah belajar bahasa Arab akan diadakan pada :

Tarikh : 2 hb Feb 2008 Hari : Sabtu
Masa : 0830 hingga 1300
Tempat : SMK Seri Ampangan, Seremban, NS

Tarikh : 16 hb Feb 2008 Hari : Sabtu
Masa : 0830 hingga 1300
Tempat : SMK Presint 11, Putrajaya.

Kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk mengadakan bengkel seperti di atas sila hubungi 019-2788055 .

kami berminat untuk mengadakan bengkel seperti di atas. kami akan hubungi pihak tuan selepas ini. ust saleh

Wednesday, January 23, 2008

majalah arab pertama di malaysia

tempah segera 019-2788055

inovasi b arab di persada antarabangsa

Persidangan Antarabangsa Universiti Brunei Darussalam

MAJALAH DALAM BAHASA ARAB

MAJALAH DALAM DARJAH (MDD)

MAJALAH BAHASA ARAB PERTAMA DI MALAYSIA

  • 36 MUKA SURAT
  • SEMUA MUKASURAT BERWARNA WARNIA
  • HANYA SATU MUKASURAT IKLAN (ITUPUN KULIT LUAR DAN BERKAITAN DENGAN BUKU)
  • BANYAK GAMBAR, KARTOON
  • KULIT LUAR YANG LICIN-SESUAI UNTUK TETIKUS

ماهر

CUMA RM3 (SEM) RM3.50

PAKEJ

MAJALAH MAHIR EDISI 1 HINGGA 9 +

BUKU MOTIVASI BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH +

KOLEKSI SIRI KENALI BAHASA AL-QURAN UTUSAN

= CUMA RM60 SAHAJA

POS PERCUMA

MASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN MAYBANK

155-126-937-414

HUBUNGI 019-2788055

inovasi baru belajar bahasa arab

kaedah MUKADDAM

kaedah mudah kuasai perkataan

cara biasa
tahun pertama 800
tahun kedua 700
dalam 2 tahun 1500

kini
dengan MUKADDAM

1700 bukan 2 tahun
bukan 2 bulan
tapi
1700 perkataan dalam 2 minggu sahaja