Wednesday, January 7, 2009

SEMINAR TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB

SEMINAR TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB 2009 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Seminar ini kini dibuka kepada mana-mana pihak samada individu, pihak sekolah, swasta, masjid, IPT dan mereka yang berminat utk menganjurkannya di tempat-tempat yang difikirkan sesuai.

Nama Kursus : SEMINAR TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB
Tarikh : Dicadangkan pihak yang berminat dan dipersetujui oleh pihak konsultan
Tempat : Ditetapkan pihak penganjur seperti dewan sekolah, hotel, pusat rekreasi, masjid dll
Hari : Sabtu atau Ahad atau hari kelepasan am
Masa : 8 pagi hingga 1 tgh
Pembimbing : Dr Abd RAzak BIn Abu cHik (Dr Arabiah)
Dr Abd RAzak BIn abu Chik (Dr Arabic)
Dr Abd Razak bin ABu chik (Dr Arab)

Objektif dan Isi kandungan berdasarkan permintaan pihak penganjur.
Antara objektif kursus yang popular ialah :

Di akhir kursus, peserta dapat :
a)Berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang asas dengan mudah dan betul
b)Kelihatan arif dalam menguasai bahasa Arab
c)mengadaptasikan sekurang-kurangnya 5 teknik (bahasa badan, intonasi, zikrullah, panggilan mesra, kata pinjaman) ketika belajar bahasa Arab

sila hubungi 019-2788055 atau emel arbacmys@netscape.net untuk tempahan.
Tempahan berdasarkan siapa dulu.

KURSUS BELAJAR B ARAB UTNTUK MEMAHAMI AL-QURAN

Kursus : Kursus Belajar B Arab Untuk Memahami Al-Quran
Tempat : Dewan Serbaguna Surau Jiboi Baru Ampangan, Seremban N S
Masa : Lepas Maghrib
Hari : Setiap hari Jumaat malam Sabtu
Pendekatan : Secara santai
Pembimbing : Dr Abd Razak bin Abu Chik

Sesi 2009 bermula pada 9 Jan 09 ( Jumaat)

Terbuka kepada semua yang berminat

Sila hubungi Cikgu Adam (Ketua kampung Jiboi Baru) 019-6608537

Tuesday, January 6, 2009

TIPS MENGUASAI B ARAB : KENALI HURUF

KENALI ANGKA UNTUK KUASAI MATEMATIK
KENALI HURUF UNTUK KUASAI BAHASA ARAB


المرشد
في البحث عن الكلمات العربية

PANDUAN ASAS MENCARI
PERKATAAN ARAB

Dr Abd RAzak BIn Abu cHik (Dr ARABIAH)
Dr Abd RAzak BIn abu Chik (Dr ARABIC)
Dr Abd RAzak bin ABu chik (Dr ARAB)

arbacmys@netscape.net
http://drarabic.blogspot.com
(a) Panduan Umum DR ARABIAH 1

ا ب ت ث ج ح خ د ذ
ر ز س ش ص ض ط
ظ ع غ ف ق ك ل
م ن هـ و ء ي
Huruf-huruf Hijaiyyah dalam bahasa Arab sebanyak 29 huruf seperti dalam rajah berikut.

RAJAH 1 Huruf-huruf Hijaiyyah

(b) Panduan Umum DR ARABIAH 2
Huruf-huruf utama sebanyak 19 huruf seperti dalam rajah 2 berikut.
ب ث ج ح خ د ذ
ر ز ش ص ض ط
ظ ع غ ف ق ك







RAJAH 2 Huruf Utama Hijaiyyah

(c) Panduan Umum DR ARABIAH 3

Huruf-huruf tambahan sebanyak sepuluh huruf seperti dalam rajah 3 berikut.
ا ت س ل م ن هـ و ء ي
(سألتمونيها)










RAJAH 3 Huruf Tambahan Hijaiyyah

(d) Panduan Umum DR ARABIAH 4

Secara umumnya, untuk mendapat makna leksikal dalam kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Arab, kita dikehendaki terlebih dahulu mencari kata akarnya. Kata akar itu pada kebiasannya terdiri daripada tiga huruf asas. Apabila terdapat huruf utama dalam sesuatu perkataan, kita dikehendaki menyenaraikannya secara automatik sebagai huruf asas. Jika huruf asas sudah mencukupi, maka ia dikira sebagai kata akar. Jika huruf asas tidak mencukupi dalam sesuatu perkataan, maka kita akan mengambil huruf tambahan sebagai huruf utama. Apabila sudah cukup tiga huruf utama, maka ia dikira sebagai kata akar.








(e) Panduan Umum DR ARABIAH 5

Huruf utama secara automatik membentuk huruf asas. Huruf tambahan boleh menjadi huruf utama jika terdapat kekosongan huruf asas. Secara umumnya, keutamaan huruf tambahan untuk membentuk huruf asas adalah seperti rajah 4 berikut.

Pertama : Huruf sin ( س )
Kedua : Huruf ta ( ت )
Ketiga : Huruf nun ( ن )
Keempat : Huruf mim ( م )
Kelima : Huruf ha ( هـ )
Keenam : Huruf lam ( ل )
Ketujuh : Huruf hamzah ( ء )
Kelapan : Huruf wau ( و )
Kesembilan : Huruf ya ( ي )
Kesepuluh : Huruf alif ( ا )
















RAJAH 4 Keutamaan Huruf Tambahan Untuk Membentuk Huruf Asas

Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mencuba seberapa banyak mungkin gabungan tiga huruf dan merujuk kepada kamus. Jika tidak terjumpa dengan gabungan tiga huruf tersebut, pelajar dikehendaki untuk mencuba dengan gabungan tiga huruf yang lain sehingga berjaya menmperoleh perkataan dalam kamus Arab. Berikut dinyatakan empat kes yang membentuk empat cara untuk mencari makna sesuatu perkataan.



(i) Kes Pertama :

Kalimah (مرجع ).
Kata akarnya ialah (ر-ج-ع). Gabungan ketiga-tiga huruf tersebut iaitu huruf ra, huruf jim dan huruf ain (ر-ج-ع) membawa maksud yang berkaitan kembali. Oleh itu kalimah (مرجع) membawa maksud tempat kembali jika ada sesuatu masalah.


(ii) Kes Kedua :

Kalimah (مدرسة ).
Dalam kalimah ini, cuma terdapat dua huruf utama yang membentuk huruf asas iaitu huruf dal ( د ) dan huruf ra ( ر ) . Oleh itu kita kena mencari satu lagi huruf tambahan untuk membentuk huruf asas. Huruf tambahan itu ialah huruf sin ( س ). Jadi kata akarnya ialah huruf dal, huruf ra dan huruf sin ( د-ر-س ) . Gabungan ketiga-tiga huruf tersebut (د-ر-س) membawa maksud yang berkaitan belajar. Oleh itu kalimah
(مدرسة ) membawa maksud sekolah yang merupakan tempat belajar.

(iii) Kes Ketiga :

Kalimah (مالك ).
Dalam kalimah ini, cuma terdapat satu huruf utama iaitu huruf kaf ( ك ) . Oleh itu kita kena mencari dua lagi huruf tambahan untuk membentuk huruf asas. Huruf tambahan itu ialah huruf mim ( م ) dan huruf lam ( ل ) . Jadi kata akarnya ialah huruf mim, huruf lam dan huruf kaf (م -ل-ك ). Gabungan ketiga-tiga huruf tersebut
(م -ل-ك ) membawa maksud yang berkaitan milik. Oleh itu kalimah (مالك ) membawa maksud raja yang merupakan pemilik negara, harta dan kuasa.

(iv) Kes Keempat :

Kalimah (سؤال ).
Dalam kalimah ini, tiada terdapat langsung huruf utama untuk membentuk asas. Oleh itu kita kena mencari tiga huruf tambahan untuk membentuk huruf asas. Huruf tambahan itu ialah huruf sin ( س ), huruf hamzah ( أ ) dan huruf lam ( ل ) . Jadi kata akarnya ialah huruf sin, huruf hamzah dan huruf lam (س-أ-ل ). Gabungan ketiga-tiga huruf tersebut (- أ- ل س) membawa maksud yang berkaitan persoalan atau permintaan. Oleh itu kalimah سؤال) (membawa maksud persoalan yang merupakan permintaan untuk dijawab.

Panduan Asas Mengenal Pola Bahasa Arab.

Setelah pelajar didedahkan dengan panduan asas mengenal kata akar huruf Arab, mereka juga perlu didedahkan dengan asas pola dalam bahasa Arab untuk menentukan makna sesuatu perkataan dengan lebih khusus lagi. Panduan asas mengenal pola bahasa Arab seperti dalam jadual 1 berikut.

JADUAL 1 Asas Pola Dalam Bahasa Arab

Makna
الدّّلاَلَةُ
الأَوْزَانُ
Kata kerja lalu
فِعْلٌ مَاضٍ
فَعَلَ
Kata kerja sedang dan akan datang
فِعْلٌ مُضَارِعٌ
يَفْعَلُ
Kata terbitan
مَصْدَرٌ
فَعْلاً
Kata kerja arahan
فِعْلُ أَمْرٍ
افْعَلْ
Kata nama yang membuat
اسْمٌ فَاعِلٌ
فَاْعِلٌ
Kata nama yang dibuat
اسْمٌ مَفْعُولٌ
مَفْعُوْلٌ
Jangan buat
فِعْلُ نَهْيٍ
لاَ تَفْعَلْ
Kata nama tempat atau masa
اسْمُ مَكَانٍ أَوْ زَمَانٍ
مَفْعِلٌ
Kata nama alat yang membuat
اسْمُ آلَةٍ
مِفْعَلٌ